| Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. | Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal sebagai makan nasi lecek. | Fikiran seperti anak-anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut. | Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal akar berpulas tak patah. | Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis akal baru tawakal. | Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). | Sangat luas dan banyak pengetahuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Main akal (= budi). | Mengenakan tipu daya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. | Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laut budi tepian akal (= ilmu). | Orang cerdik pandai atau cendekiawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal. | Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. radai = sirip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |