Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(74)
Peribahasa

Condong yang akan menongkat,
     rebah yang akan menegakkan.

Bermaksud :

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.

 

Lihat selanjutnya...(381)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan pembasuh kaki (= tangan).Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih.Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit akan disigai, tebat akan disiar.Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersabung akan induk ayam (= akan itik).Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk.Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas