Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara terkalung ke leher babi. | Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi. | Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |