Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait. | Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. | Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. | Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan pembasuh kaki (= tangan). | Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih. | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit akan disigai, tebat akan disiar. | Ingin berbuat sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersabung akan induk ayam (= akan itik). | Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk. | Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin. | Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |