Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar

Puisi
 

Tetaklah akar akar merah,
     Semut meniti di dalam talam;
Badan berpeluh mataku merah,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Baik berjagung-jagung,
     sementara padi belum masak.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).

 

Lihat selanjutnya...(24)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal akar berpulas tak patah.Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung pada akar lapuk.Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dihambat akar, dihambat dahan.Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada rotan, akar pun berguna (= jadi).Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas