Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibatnya

Peribahasa

Orang mencubit,
     kita menampar.

Bermaksud :

Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

 

Lihat selanjutnya...(14)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mencubit, kita menampar.Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enggang lalu ranting patah.Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain bengkak lain bernanah.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong.Seorang mendapat kesenangan, orang lain menanggung akibatnya. terbawa rendong = terbawa-bawa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meletup di sana, di sini bunyinya.Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki.Perbuatan yang jahat, kalau dikerjakan tentu diterima akibatnya. lanyau = lumpur; tadung = sandung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka.Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Main air basah, main api letur, main pisau luka.Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas