Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas