Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alah;

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alah pinta dibuat sempena.Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah menang tak tahu, bersorak boleh.Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah membeli, menang memakai.Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah limau oleh benalu.Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah di rumpun betung.Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar luka di dada, jangan luka di belakang.Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak alah gelanggang usai.Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. usai = lengang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aku alah engkaulah menang.Tidak mahu mengaku kalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas