Kalau alang-kepalang biarlah jangan. | Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang-alang berdakwat, biarlah hitam. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. alang-alang = tanggung-tanggung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang-alang berminyak, biar licin. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati-mati mandi biar basah. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati-mati berminyak biar licin. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati-mati berdakwat biar hitam. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepala-pala mandi, biarlah basah. | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-lang berdakwat, biarlah hitam, b. Alang-alang berminyak, biar licin, c. Mati-mati berdakwat biar hitam, d. Mati-mati berminyak biar licin, e. Mati-mati mandi biar basah). sepala-pala = jika hendak atau terpaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |