Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alat

Peribahasa

Hendak menggaruk tidak berkuku.

Bermaksud :

Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(21)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Patah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.Apabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak menggaruk tidak berkuku.Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum bergigi hendak mengunyah.Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kapak naik cerana.Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri.Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengais hendaklah berkuku.Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menepung tiada berberas.Banyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Seperti hendak menepung tiada berberas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan).Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sampan ada pengayuh tidak.Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas