Tegak sebagai alif. | Tegak lurus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |