Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alim

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alim bagai katak di tepi air.

Bermaksud :

Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alim biasa menghukum syarak.Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alim bagai katak di tepi air.Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya).Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Syak fasik, yakin salih; batu jadi juadah.Dengan yakin maksud tercapai. fasik = jahat; salih = alim.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas