Seperti kambing dikuliti hidup-hidup. | Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai emak mandul baru beranak. | Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum sekuku. | Amat sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baunya setahun pelayaran. | Amat busuk sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sepatung mandi. | Sebentar amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana kumbang putus tali. | Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyelami air dalam tonggak. | Amat sukar menyelami hati manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti batu di pulau. | Amat banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kersik di pulau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). | Amat cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain tak bertepi. | Kemiskinan yang amat sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |