Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil;

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(142)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ambil pati, buangkan ampas.Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buka kulit, ambil (= tampak) isi.Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buang kuali ambil belanga.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakarlah air ambil abunya.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Singkap daun, ambil isi (= buah).Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak menghangat mendingin.Tidak ambil pusing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari semak ke belukar.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas