Duduk di ambung-ambung taji. | Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. | Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |