| Santan ke pasu, ampas pun ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ambil pati, buangkan ampas. | Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Termakan (di)cirit berendang. | Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah. | Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |