Anak kambing takkan menjadi anak harimau. | Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau takkan menjadi anak kambing. | Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketuk ayam dalam telur. | Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang salah teraju. | Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melentur biarlah waktu rebung. | Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seumpama telur sesarang, dierami induknya. | Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ikan lampam di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti birah tumbuh di tepi lesung. | Anak-anak yang lekas subur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |