Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ikan lampam di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuman makan anak. | Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan. | Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |