| Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |