| Berketuk ayam dalam telur. | Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana layang-layang salah teraju. | Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melentur biarlah waktu rebung. | Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seumpama telur sesarang, dierami induknya. | Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ikan lampam di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti birah tumbuh di tepi lesung. | Anak-anak yang lekas subur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akal sebagai makan nasi lecek. | Fikiran seperti anak-anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |