Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula. | Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebu setuntung jadi separak. | Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |