Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anaknya

Peribahasa

Takkan harimau makan anaknya.

Bermaksud :

Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.

 

Lihat selanjutnya...(17)

420

Nature passes nurture

Sifat semula jadi atau sifat yang diwarisi tidak dapat diubah walaupun diasuh.

Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.

We did everything we could so that our adopted daughter would grow into a graceful young lady, but nature passes nurture. She still prefers to dress like a boy and involves in extreme sports.

Kami melakukan segala-galanya yang termampu supaya anak anagkat kami membesar menjadi gadis yang lemah lembut, tetapi umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Dia masih juga suka berpakaian seperti lelaki dan bergiat dalam sukan lasak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bapa burik anaknya tentu rintik.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan harimau makan anaknya.Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya.Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul.Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya.Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puntung sekerat, penyiar rimba.Orang yang banyak anaknya. siar = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Badak makan anak.Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkemudi ke rusuk.Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas