Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan-angan menerawang langit. | Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. | Tak pernah dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. | Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gila di abun-abun. | Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. abun-abun = angan-angan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan lalu, faham tertumbuk. | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum bergigi sudah hendak menggigit. | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. | Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |