Belayar atas angin. | Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. | Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin bersiru, kami tahu. | Sudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjaring angin. | Perbuatan yang sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). | Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya. | Pendirian yang tidak tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahu di angin turun naik. | Tahu akan alamat tentang sesuatu peristiwa yang bakal terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahu di angin berkisar. | Tahu akan perubahan hati seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |