Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang. | Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antan pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertelingkah bagai antan di lesung. | Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lesung mencari antan (= alu). | Perempuan mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lesung dengan antan. | Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tergerenyeng-gerenyeng bagai anjing disua antan. | Menepi-nepi kerana hendak lari, sebab ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |