Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata yg digunakan untuk menanyakan sesuatu: ~kah nama benda itu?. ~kah sebabnya dia menangis?. ~ akal apa yg harus dibuat. ~ boleh buat tidak ada jalan lain lagi. ~ daya tidak berdaya lagi. ~ khabar bagaimana keadaanmu sekarang. ~ saja a. segala sesuatu. b. sesuatu yg tidak ditetapkan. apa-apa pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. berapa kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? mengapa kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? mengapai, mengapai-apai melakukan sesuatu terhadap seseorang: Kauapai orang tua tu? mengapakan, mempengapakan memperlakukan bagaimana; melakukan atau berbuat apa-apa terhadap: Diapakan sehingga dia jadi begitu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terjual terbeli.Apa-apa yang hendak disuruhkan kepada orang lain, hendaknya dapat pula dilakukan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berbulu lagi.Tiada punya apa-apa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung hantu kesiangan.Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Betik sudah gentas.Tiada dapat menghasilkan apa-apa lagi. gentas = habis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa.Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam kena kepala.Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah.Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah mati kutu.Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kancah ditawar.Ternganga dan terdiam saja tak dapat berkata apa-apa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas