Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak ada padi yang bernas setangkai.

Bermaksud :

Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak.Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada padi yang bernas setangkai.Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kayu jenjang dikeping.Dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun diperbuat untuk mengatasinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pasang berturun naik.Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.Cukup mempunyai segala yang diperlukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas