Terjual terbeli. | Apa-apa yang hendak disuruhkan kepada orang lain, hendaknya dapat pula dilakukan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbulu lagi. | Tiada punya apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung hantu kesiangan. | Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betik sudah gentas. | Tiada dapat menghasilkan apa-apa lagi. gentas = habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa. | Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam kena kepala. | Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. | Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah. | Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah mati kutu. | Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kancah ditawar. | Ternganga dan terdiam saja tak dapat berkata apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |