Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. | Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak. | Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada padi yang bernas setangkai. | Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kayu jenjang dikeping. | Dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun diperbuat untuk mengatasinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat pasang berturun naik. | Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. | Cukup mempunyai segala yang diperlukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |