| Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api kecil baik dipadam. | Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api dengan air, alangkah bezanya. | Jahat dengan baik amat jauh bezanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meniup api di atas air. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi. | Marabahaya yang tak dapat ditolak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti api dengan asap. | Pertalian yang tak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak cetus api. | Sangat cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |