Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ara hanyut. | Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan ara tak bergetah. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali. | Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut. | Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki. | Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinjam kayu ara. | Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) (= pinjam) kayu ara. | Hutang yang tak mungkin terbayar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi. | Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan kucing bertanduk. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |