Bagaimana menanti arah hanyut. | Mengharap sesuatu yang belum tentu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pikat kehilangan mata. | Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lalat buta. | Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing berakkan rambut. | Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lalat buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan. | Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si lalar si lalai. | Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |