Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai galah di tengah arus.

Bermaksud :

Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai pancang digoncang arus.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai galah di tengah arus.Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati bagai baling-baling.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baling-baling di atas bukit.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Hati bagai baling-baling, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). baling-baling = penunjuk angin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai pimping di lereng bukit.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti panji-panji ditiup angin.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang.Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas