Sebagai garam dengan asam. | Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai asam dengan garam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai asam dengan garam. | Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |