Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sing.a.sing] | اسيڠ٢

Definisi : terpisah-pisah, tersendiri-sen­diri: barang-barang itu dinilai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing-asing

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laksana apung dipermainkan gelombang.Hidup melarat di negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.Hidup melarat di negeri asing. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana apung dipermainkan gelombang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teras terunjam, gubal melayang.Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.Kesukaran berdagang ke negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas