Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/.Öa.syi/]/[a.syi/.a.syi/] | عاشيق ٢

Definisi : balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik-asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bulan dimakan rahu.Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mabuk kerana beruk berayun.Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas