| Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga. | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buaian pun digoncang, anak pun dicubit. | Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular bukan, ikan pun bukan. | Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih). | Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke mana dialih, lesung berdedak juga. | Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |