Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. | Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai aur di atas bukit. | Menyerahkan diri kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti aur ditarik songsang. | Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung ditanam aur tumbuh. | Mengharap untung, kiranya mendapat rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memagar diri bagai aur. | Hanya memikirkan diri sendiri saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |