Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. | Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. | Tidak senang melihat kebahagiaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam seekor bertambang dua. | Gadis seorang, dua bujang yang ingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. | Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |