| Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya. | Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Badak makan anak. | Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti badak terentak. | Orang tambun dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak badak dihambat-hambat. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. | Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengusik anjing tidur. | Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjolok sarang tabuan. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |