| Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bayang-bayang tidak sepanjang badan. | Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri. | Orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersandar di batang rengas, gatallah badan. | Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |