Bagaimana tepuk begitulah tarinya. | Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana menanti arah hanyut. | Mengharap sesuatu yang belum tentu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. | Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. | Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana ditanam, begitulah dituai. | Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana kumbang putus tali. | Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bapa burik anaknya tentu rintik. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |