Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagi-bagi

Puisi
 

Petang-petang bunyi lesung,
     Orang menumbuk padi jawi;
Petang-petang ingat kampung,
     Hendak balik orang tak bagi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Teleng bagi cupak hanyut.

Bermaksud :

Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong.

 

Lihat selanjutnya...(11)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jung pecah, yu yang kenyang.Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teleng bagi cupak hanyut.Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lemping terbuang.Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata satu pertemuan, mata dua perceraian.Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebuah lesung seekor ayam jantannya (= gedangnya).Bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpinnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyeberangi jambatan emas.Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang.Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas