Elok palut pengebat kurang. | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dendang menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai gagak menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berteras keluar bagai pimping. | Kelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai umang-umang. | Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti delima merekah. | Mulut dan gigi yang bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo. | Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sangkar emas, tenggeran suasa. | Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bisai makan sepinggan. | Sesuatu yang sangat patut dan sesuai. bisai = elok, bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |