Jambatan emas. | Jalan mencapai bahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah anjing, celaka kuda. | Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan berlian jangan dipijakkan. | Untung bahagia jangan dielakkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan naik matahari naik. | Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah gedang ketirisan. | Perempuan yang tidak membawa bahagia kepada suaminya. ketirisan = kebocoran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sirih naik, junjungan naik. | Mendapat untung dan bahagia silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung ada tuah tiada. | Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telaga di bawah gunung. | Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |