Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasanya

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gagak bersuara murai.Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti biawak, masakan hilang kesatnya.Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan.Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teras terunjam, gubal melayang.Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas