Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : 1. kata hubung yg menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yg sebelumnya atau sesudahnya), bahasa: pemerhati-pemerhati berkata ~ dgn letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika; 2. pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun: ~ ia kaya sungguh; 3. = sebahawa sl keadaan(nya), sifat(nya), adanya: kelakuan puteri itu manis se~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : Pl ingin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.wa] | بهاوا

Definisi : kata penghubung yg merangkaikan ayat induk dgn anak ayat: Beliau menegaskan ~ rancangan itu akan dimulakan dlm beberapa bulan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahawa

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Bermaksud :

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

 

Lihat selanjutnya...(6)

327

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(116)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tampak ranggas takkan meleting.Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tampak duri takkan mengait.Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merawal menulang bukit, cerana menengah kota.Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.Alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mat di bawah dagu.Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas