Bahaya tumbuh, sengketa habis. | Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan. | Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher. | Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan merempuh sarang lebah. | Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menggerak ular tidur. | Bahaya jangan dicari-cari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjolok sarang tabuan. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selompat hidup, selompat mati. | Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |