Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik perangai;

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping,
     kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Bermaksud :

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun.Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas