Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas. | Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. | Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. | Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya. | Sekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |